">
Monday, June 20, 2011 ~ 5:44 AM 0 Comments


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas . Hati lelaki yang di anggap keras selama ini , tiba-tiba menjadi selembut kapas . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu . Sekiranya kamu menyedari teman lelaki mu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati , nyata kamu tidak silap memilih teman hidup . Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar . Berapa beruntungnya kamu .

Selain itu , jika teman lelaki mu buat hatimu senang dan terhibur , itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu . Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang . Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya . Padanya , sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa tenang dan terhibur .

Jangan kamu anggap teman lelaki mu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat , nasihat bermaksud mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah . Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu . Jadi terbukalah mendengar nasihatnya .

Cemburu , satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakkan insan yang bercinta . Namun jika di hayati , cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah . Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu , tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci . Jika kamu setia padanya , tidak salahkan dia cemburu ?

Jika sudah sayang , macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbangkan kehilangannya . Begitu juga jika teman lelaki mu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja . Kalu boleh biarlah ke jinjang pelamin , baru berbaloi !

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelaki mu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita mengenai lelaki lain di hadapannya . Jangan risau , bukan si dia ingin mengongkong perjalanan hidup mu , tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya . Ini tandanya cintanya amat mendalam terhadap mu .

Ada juga lelaki yang cepat sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang di perkatakan tidak diambil perhatian , lebih lebih lagi dari orang yang di sayangi . Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna bagi kamu .

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada mu , Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang . Kalau dia merajuk , sesekali cubalah memujuknya . Jangan pula kamu sangka manjanya mengada-ngada . Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap manchonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja , hanya untuk orang yang disayanginya sahaja .

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu mu adalah teman lelaki mu . Tandanya dia tidak ingin melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani masalah . Beruntungnya !
Kamu memberitahunya , yang kamu akan ke sesuatu tempat untuk suatu masa yang agak lama . Tiba-tiba dia menjadi menggelabah dan tidak menentu . Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi dengan kesetiaannya .

Sekiranya teman lelaki mu sentiasa bertanya "Awak masih sayangkan saya?" , jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan . Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur . Sebab itulah , kalimah tersebut sentiasa di ulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya .

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya , bukan semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi seorang perempuan . Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu ? Itu membuktikan cintanya begitu kuat terhadap dirimu .
Ini semua membuktikan bahawa si dia melakukan PENGORBANAN yang terbesar kerana dia lebih mementingkan dirimu berbanding dirinya . Hal ini kerana dia terlampau menyayangi mu . Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu selesa , bahagia , dan selamat ketika berada di sampingnya . Jadi , HARGAI lah lelaki dan terimalah mereka seadanya .

p/s : Write by Gerboy ake . :P


Kepada puan shasha qistina , terima kasih diatas ketulusan cinta awak terhadap saya , awak selalu membahagiakan saya walau dalam keadaan awak terasa hati , sakit hati or kecewa dengan sikap saya :'( Awaklah seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada saya . Saya percayakan awak ! I love you :*
Lots of Love , ake

0 Comments:

Post a Comment

? Back to the blog?


Tuan RUmah Ake BleUs YeyEy







|Aqel| |18 y/o| |Taken|

Myself!
Ake BleUs YeyEy



Tagboard

Reminiscences
100 fakta tentang ake :)
KERNA DIA ,very love she .
i love u shasha
i lov u !
I want you smiling. Bb c0mey not sad okay.
to marry her love is forever
I’M BACK LIVE
YOU PROMISE !
SUJU-M come malaysia
FamLy dAys~

Vote?
Aqel seOrang yang ?
handsome :D
happy go lucky
baek hati
gila-gila @..@
funny
Mengada :D
Comey
  
pollcode.com free polls 
thanks vote :D HAHA